Engkau dan Aku

Hi, Apa Khabar?
sudah tahun baru, ya tahun 2016. Tapi masih belum aku ucapkan kata-kata yang menunjukkan bahawa ini tahun baru. mungkin aku masih ditakuk lama. Menanti kau membawa aku ke masa hadapan tanpa toleh kebelakang. Baik boleh diam tentang kisah hati. Sebab kau tiada hati yang pasti. Hati yang kosong untuk di isi. Jadi pastikan ianya di isi dengan perkara yang baik-baik. Kerana kau takkan mahu hati kau remuk sebelum tamatnya tahun baru ini. Ayuh, teruskan dengan perjuangan kau untuk menuntut ilmu yang masih belum selesai sehingga kau menjadi kaku. Kau masih ada jalan yang luas terbentang di hadapan mata sebelum ianya menjadi sempit dan penuh berliku. Jadi kejarlah apa yang seharusnya dikejar dan bukan menanti apa yang tidak pasti. Sesungguhnya ini satu perjuangan engkau di atas dunia ini. Mungkin kau tidak mampu untuk lihat kegunaannya pada hari ini mungkin esok masih ada. Ada satu kisah nak aku kongsi bersama engkau kerana engkau takkan percaya ini apa yang aku lakukan pada diri aku yang menjadi engkau. Mungkin engkau cuma ikutkan apa yang di depan pada masa itu tanpa menggunakan sel minda yang seharusnya berhubungan. satu keputusan yang amat mensia-sia kan mungkin. Boleh menjadi pengajaran agar engkau tidak menjadi aku yang lemah. 
masih ada yang engkau nak cakap pada aku tapi engkau pendam di dalam hati aku, biar aku makin jauh dan tersasar dari engkau yang sebenar. Boleh kita menjadi satu supaya aku tidak tersesat didalam diri aku dan engkau. Kerana engkau dan aku ialah satu badan yang berbeza pendapat.
Biar aku pergi dulu untuk engkau mencari aku kelak.

Comments

Popular Posts