lapan pula.

Lapan,
itu satu angka. 
satu angka yang membawa ke penghujung,
penghulu tahun yang bakal tiba,
dari lapan ke dua belas,
dekat sangat dekat,
tapi apa yang kau lakukan?
tetap sama perkara yang kau tak  mahu ingat,
mana impian kau waktu sebelum satu,
aku tahu kau sudah lupa,
selepas satu kau menangguh ke dua,
setelah dua kau memberi alasan ke-tiga,
apabila tiga tiba engkau mahu menyorok,
empat engkau tetap sama,
lima engkau masih tidak berubah,
muncul enam engkau main tarik tali,
kini tujuh kau terpaku runsing,
habis tujuh tiada lagi kembali,
tibalah sang lapan yang ingin kau sedar,
tapi hampa,
kau tetap akan sama sehingga ke dua belas itu,
ataupun ke dua belas yang seterusnya,
kau tetap akan menjadi engkau,
engkau yang membenci engkau,
sampai lah engkau tiada untuk engkau,
engkau akan tiada.
moga engkau yang masih ada selamat,
selamat engkau semua. 

hzl

Comments

Popular Posts