Cek Kesihatan di Klinik Kesihatan atau Kerajaan
Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum & Hello.
![http://24.media.tumblr.com/tumblr_ma78h23YaN1r8lp70o1_500.jpg](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_ucC8drMDTlC513Y390EnhEHa3G176ZdXpEKE2jMUy7GETDkh8jfLqwuycnlQV9zlByCDqYMuYe6zAeEZmr2A_xFgVTYAtZ6pfUu5L_zXWEfdbdac2vwhkXEU5Mbwx_uw=s0-d)
Hari ini 1 Mac 2017, saya telah membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Senawang (KKS) gitu. Okay, mula-mula prosedurnya harus membuat temu janji dahulu. Nanti jururawat akan tanya tinggal dimana dan apa tujuan buat pemeriksaan kesihatan, kalau dalam kes saya untuk masuk UiTM jadi kena tulis sekali lah waktu untuk daftar temu janji, nanti jururawat akan pesan bawa borang daripada pihak intitusi siap-siap. Mungkin untuk kenal pasti kawasan tempat tinggal anda berada dalam kawasan klinik kesihatan tersebut atau tidak. Jadi hari tu saya datang hari Isnin dan buat temujanji untuk hari rabu (1 Mac 2017). Jururawat suruh datang pukul 9.00 am. Tapi sebab semua sibuk jadi terpaksa keluar pagi pukul 7.30am dah terpacak dekat KKS. 30 min sebelum pukul 9.00 am dah boleh pergi ambil nombor untuk bayar dan rawatan seterusnya.
Selesai bayar anda akan terima borang untuk X-Ray dan juga ujian air kencing. Disini ada masalah sikit di mana KKS punya unit X-Ray rosak jadi terpaksa ke Klinik Kesihatan Seremban di Rahang untuk buat pengimejan. Untuk jimatkan masa saya selesaikan ujian air kencing di Klinik Kesihatan Senawang dan seterusnya ke Klinik Kesihatan Seremban. Masa menunggu untuk keputusan urine mengambil masa lebih kurang 1 jam jugalah kalau dikira-kirakan. Selepas, lengkap ujian air kencing dan X-ray baru lah boleh ke klinik pesakit luar untuk periksa tekanan darah, mata, berat, tinggi dan baru lah jumpa doktor. Kena periksa tekanan darah, mata, berat dan tinggi di kaunter A dulu barulah letak kad tu dekat depan bilik doktor yang telah dirujuk. Bila dah jumpa doktor boleh lah nak cerita tentang masalah yang ada, nanti doktor akan periksa paru-paru dan sebagainya.
Secara keseluruhanya untuk pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan kerajaan sangat berbaloi. Masa untuk kesemuanya tak lah lama sangat rasanya cuma RM 20 termasuk X-Ray. Kalau klinik kesihatan anda ada khidmat X-Ray mesti lagi cepat. Sejujurnya saya lagi suka buat pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital kerajaan kerana mereka lebih profesional berbanding untuka kaut keuntungan :) Terima Kasih atas perkhidmatan kesihatan yang disediakan di Malaysia ni :)
Alhamdulillah, Terima Kasih.

Comments
Post a Comment